Tab0Ng sEk0lAh KiWi

Kisah Cinta Tak Sempurna



:: PROLOGUE ::
   
   "Abang, kenapa bila ayang free abang mesti busy. Bila ayang busy, waktu tu la abang banyak sangat masa terluang. Kadang-kadang, ayang rasa kita tak dijodohkan untuk bersama."

   "Syhh..jangan cakap macam tu, sayang. Biarlah kita susah sekarang. Masa depan kita nanti akan senang. Percayalah." Berulangkali itu sahajalah jawapan diberikan untukku. Muak sudah rasanya menyimpan perasaan sebegini. Lelah aku dengan semua alasan yang diberikan. Tapi dek kerana terlalu menyayanginya, aku berkorban segala-gala yang aku miliki hanya untuknya.

     Ah, silap aku juga. Menaruh harapan terlalu tinggi, mengikat janji yang tak mampu dipenuhi. Nah! Sekarang tanggung la sendiri.

     Kau korban jiwa raga pada manusia siapa suruh? Tuhan kau ada ambil peduli? Hahaha... Terasa begitu kejam bila hati sendiri bermonolog dan ketawa berdekah-dekah begitu. Oh hati, tidakkah kau kasihan padaku?

     Aku? Kasihan pada kau? Tak... Pergh! Selamba betul jawapan tu. Nasib baik diri sendiri. Kalau orang lain yang cakap macam tu, memang sengaja cari pasal dengan aku.

     "Sayang, mari masuk. Dah lewat petang ni. Nanti gelap. Tak elok isteri abang duduk sorang-sorang kat luar ni. Tu ha. Orang balik kerja semua tengok sayang lain macam. Abang jealous la.." Huh? Berapa lama aku berangan ni? Da lewat petang? Alahai. Masa, kau betul-betul cemburukan aku, kan. Kalau dah lewat petang, bermakna malam ni malam terakhir aku akan berada di rumahnya. Esok, tiada lagi orang yang akan menjerit bila tengok cerita hantu malam-malam. Tiada lagi suara mendayu, tak kasar dan tak juga lembut, yang akan memanggilku sayang.

    Masa, bolehkah aku berhenti seketika? Berikan ruang padaku untuk bersamanya. Isteri, panggilan itu, hanya panggilan darinya. Padaku, hanya dia yang layak memanggilku sedemikian. Sekalipun aku sedar, bukan diri ini yang menentukan jodoh kehidupan. Tidak mungkin aku bisa menerima insan lain selainnya. Mampukah insan itu menyayangiku seperti aku menyayanginya? Takkan! Sebab melalui dia aku kenal pedihnya diluka, bahagianya dicinta, rindu bila berjauhan, masih lagi merindu walaupun telah di depan mata.

     "Sayang abang ni tak nak masuk ye?" Tersentak aku dari lamunan tadi. Aku sambung mengelamun rupanya. "Meh abang dukung bawak masuk ye." Serentak itu badanku dirangkulnya. "Wah, sayang dah makin berat." Aku tersenyum kelat.

     "Abang, turunkanlah. Nanti orang nampak, malula. Abang ni..." Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Dadanya menjadi mangsa tumbukan manjaku bertubi-tubi.

    "Alah. Nak manja siket pun tak boleh." Mulut mula muncung, wajah mencuka. Perlahan aku diturunkan ke sofa hitam empuk di beranda rumah itu. "Pelan-pelan sayang."

     "Terima kasih, abang." senyum kuukir. Bahagia mula berbunga di hati. Sayang, mampukah rasa ini kekal selamanya?

No comments:

Related Posts with Thumbnails

~Kasih Terpatri~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers